top of page

​Bagaimana cara saya ingin membeli produk dalam web ini?​​

 

​​​​​EMPAT (4) CARA PEMBELIAN

​

CARA 1

​

Untuk membeli produk, ikuti 2 langkah ini:

​

Langkah 1 :  Lakukan pembayaran mengikut jumlah keseluruhan harga barangan yang anda ingin beli ke akaun bank di bawah sama ada melalui perbankan internet (internet banking), pindahan bank (bank transfer) atau mesin deposit wang (cash deposit machine), mengikut keselesaan anda. (Penghantaran adalah percuma kecuali dinyatakan)

​

Gunakan maklumat berikut untuk pembayaran melalui perbankan internet

Nama   : NORYASMINFAREHAN BINTI RAMLI

Email    : orangdapurkita@gmail.com

Telefon : 013-9881589

​​

No akaun Bank Islam

NORYASMINFAREHAN BINTI RAMLI

​02093020708976

​

Langkah 2 : Anda perlu melengkapkan Borang Pengesahan Pembayaran selepas membuat bayaran ke akaun di atas. Kegagalan mengisi borang akan menyebabkan masalah penghantaran produk. Sila simpan resit pembayaran anda. Jika anda mengisi maklumat palsu @spam, anda boleh didakwa.

​

Anda digalakkan SMS terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah bayaran barang yang dipesan. Pesanan yang disertakan dengan bayaran yang tidak mencukupi tidak akan diproses.

​

CARA 2

​

Langkah 1: Lakukan pembayaran mengikut jumlah keseluruhan harga barangan yang anda ingin beli ke akaun bank yang tertera di sebelah

​

Langkah 2: Email tempahan anda terus ke orangdapurkita@gmail.com dengan memberi nama penuh, alamat, no telefon, email, barang yang ditempah beserta kuantiti, dan bukti pembayaran (info yang terdapat di resit)

​

CARA 3

​

​Langkah 1: Lakukan pembayaran mengikut jumlah keseluruhan harga barangan yang anda ingin beli ke akaun bank yang tertera di sebelah

​

Langkah 2: SMS pesanan anda ke 013-9881589 dengan memberi nama penuh, alamat, no telefon, barang yang ditempah beserta kuantiti, dan bukti pembayaran (info yang terdapat di resit)

​

CARA 4

​

​Langkah 1: Lakukan pembayaran mengikut jumlah keseluruhan harga barangan yang anda ingin beli ke akaun bank yang tertera di sebelah

​

Langkah 2: PM pesanan anda ke Facebook Orang Dapur Kita dengan memberi nama penuh, alamat, no telefon, barang yang ditempah beserta kuantiti, dan bukti pembayaran (info yang terdapat di resit)

 

Anda digalakkan SMS terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah bayaran barang yang dipesan. Pesanan yang disertakan dengan bayaran yang tidak mencukupi tidak akan diproses.

​Bolehkan saya mendapatkan kembali wang saya jika saya membatalkan pembelian?​​

 

​Maaf, tiada pemulangan wang selepas barang dipos/dalam proses pengeposan. Walaubagaimanapun, jika pihak kami masih belum memproses pesanan anda, wang anda akan dipulangkan sepenuhnya serta-merta. (melalui akaun bank sahaja) Pembatalan boleh dilakukan dengan SMS ke 013-9881589.​



 

Bilakah pembelian saya akan diproses?

 

​​Pihak kami akan memproses pesanan anda serta-merta tetapi penghantaran adalah bergantung kepada masa penerimaan pembayaran. Jika pembayaran diterima selepas pukul 2 petang, tempahan anda akan dipos keesokan harinya. Bagi produk yang kehabisan stok, penghantaran mungkin mengambil masa selama 1 hingga 2 minggu.​​​

 



Apakah method penghantaran barangan yang saya pesan?​

 

​​Pihak kami akan menggunakan pos parcel, pos ekspres dan pos laju untuk penghantaran barang mengikut jenis barangan, No rujukan pos akan dihantar kepada anda melalui SMS dan anda boleh menyemak status pesanan di laman web Pos Malaysia.

 

​

Apakah matawang yang digunakan untuk pembelian?

 

​​Semua urusniaga dilakukan dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.​

 

 

 

​Saya masih ada masalah.

​

Maaf kerana tidak dapat menyelesaikan masalah anda dalam laman FAQ ini. Sila majukan email kepada orangdapurkita@gmail.com untuk menyelesaikan permasalahan anda atau SMS ke 013-9881589.

 

 

 

Polisi pemulangan

Pihak kami memastikan produk dalam keadaan baik sebelum dipos. Bagi produk yang melibatkan teknikal atau elektronik, kami akan menguji keadaan produk terlebih dahulu apabila kami terima dari pembekal sebelum dihantar kepada anda. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika barangan anda rosak semasa dalam penghantaran.

 

 

 

Disclaimer

​Produk yang kami jual di dalam web ini kebanyakannya adalah sesuai untuk semua kulit dan selamat digunakan. Walaubagaimanapun, kami memohon maaf  untuk memberitahu anda bahawa kami tidak bertanggungjawab jika anda mendapat alah daripada produk yang kami tawarkan. Bergantung kepada keadaan kulit, setiap individu mungkin akan mendapat hasil yang berlainan dengan penggunaan produk yang sama. Orang Dapur Kita tidak boleh dipersalahkan untuk keadaan kulit anda setelah anda menggunakan produk tersebut. Tiada pemulangan barang atau pulangan wang diterima.

FAQ

Majalah WANITA

​

Majalah NUR​

Majalah NONA

Produk Kecantikan,Kesihatan,Barangan Wanita,Keperluan Rumah (http://www.orangdapurkita.wix.com/utama)
Produk Kecantikan,Kesihatan,Barangan Wanita,Keperluan Rumah (http://www.orangdapurkita.wix.com/utama)
Produk Kecantikan,Kesihatan,Barangan Wanita,Keperluan Rumah (http://www.orangdapurkita.wix.com/utama)

© 2012 by ORANGDAPURKITA. No animals were harmed in the making of this site.

bottom of page